Friday 30 September 2011

Mudah untuk menjadi isteri solehah dan masuk syurga

Rasulullah SAW penah bersabda  yg bermaksud :
"Apabila seorang wanita melakukan solat lima waktu,puasa ramadhan,memelihara maruahnya, 
dan taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yg kamu kehendaki". (riwayat)

Mungkin apa yg saya tuliskan di atas,sudah biasa di baca dan sudah selalu di perdengarkan
dalam kuliah2 agama yg biasa kita dengar. Tapi tergerak untuk saya kongsi untuk kalian semua.
Bukan apa, ini sebagai ingatan untuk diri sendiri dan boleh di kongsi bersama dengan kalian semua.
Cuba renungkan,mana yg tidak kita lakukan..

Solat lima waktu..?
Puasa di bulan ramadhan..?
Memelihara maruahnya (aurat)..?
Taat pada suami..?

Seakan senang untuk kita lengkapkan hanya beberapa perkara, begitu mudah..?
Untruk saya huraikan secara details...bukan lah bidang saya, tapi tiap dari kita ada jawapannya.
Saya sendiri bukanlah seorang isteri yg sempurna,ada culas di sana sini..tapi untuk melakukan sesuatu 
di luar batasan..insyaAllah moga di jauhkan..tapi perkara2 kecil begini..yg di pandang remeh, sebenarnya
boleh menjadi bara dalam kehidupan seorang wanita yg bergelar isteri.Nampak mudah, tapi cukup payah di sempurnakan...wahai sahabat sekalian..sama2 kita berdoa..kerana mati tidak akan awal walau seminit dan 
tidak akan lewat walau seminit.

"Ya Allah kau tetapkan lah iman ku di jalan yg kau redhai..
Kau berkati lah kehidupan kami di bawah rahmatMu..
jauhilah kami dari segala kesusahan dan berkati lah apa jua yg kami lakukan...
amin ya rabbalalamin..."

*sewa pic from google*

adios..x0x0

No comments:

Post a Comment